Wednesday, 31 August 2011

Bedil - Tembakan Meriam

Kalau anda tinggal sekitar dibandar Kuala Terengganu tentu anda masih ingat dengan dentuman ‘bedil’ atau tembakan meriam dari atas Bukit Pak Apil, berhampiran RTM, Kuala Terengganu. 

Tembakan bedil sempena tanda berbuka puasa, Imsak dan subuh sepanjang bulan puasa tentu masih dalam ingatan. Pada pengumuman Hari Raya, akan ada tembakan ‘bedil’ ini. Pada pagi Hari Raya selepas selesai sembahyang Raya akan ditembak ‘bedil’ ini sebanyak 7 kali.

Dentumannya akan kedengaran sehingga sejauh Batu Rakit. Saya yang tinggal di Lorong Terkukur (Lorong Mak Pir) di kaki bukit Pak Apil rasa paling bertuah kerana dapat merasakkan ‘gegaran’ kuat apabila bedil itu ditembak dan meletup di udara. Gegaran itu membuat lemari yang memuatkan barang-barang perhiasan kaca akan bergegar dan berbunyi......

Namun di dalam tahun 80an, berlaku satu kemalangan dimana ‘bedil’ itu telah meletup dan beberapa anggota keselamatan yang bertanggung-jawap menembak ‘bedil’ tersebut tercedera dan terbunuh. Bila tarikh sebenar berlaku kejadian itu, saya tidak berapa ingat tetapi masa itu memang saya masih tinggal di Jalan Terkukur dan ingat kejadian itu sebab merasa pelik mendengar letupan berlainan daripada biasa. Nanti saya akan cuba dapatkan tarikh sebenar kejadian tu.

Namun pada tahun tahun selepas itu, untuk mengekalkan tradisi, budaya bunyi ‘bedil’ itu di teruskan juga. Namun bukan lagi menggunakan ‘bedil’ atau meriam tapi menggunakan dentuman bunga api. Bunga api yang digunakan adalah sama macam bunga api yang digunakan semasa sambutan Tahun Baru, Hari Merdeka dan lain-lain sambutan perayaan.

Saya bernasib baik kerana secara tidak sengaja dapat melihat sendiri tembakan itu dibuat pada Hari Raya Pertama. Saya pada pagi raya membawa anak saudara berjalan-jalan sekitar Bandar Kuala Terengganu sambil menceritakan beberapa tempat sejarah dan menarik, telah menaiki Bukit Pak Apil melalui Jalan Cherong Lanjut. Sambil menceritakan sejarah bangunan atas bukit tersebut yang mana pernah menjadi Dewan undangan Negeri sebelum Dewan Undangan Negeri berpindah ke Wisma Darul Iman. Selepas dewan undangan negeri pindah ke Wisma darul Iman, bangunan itu menjadi tapak muzium Negeri Terengganu sebelum berpindah ke Losong iaitu tapak sekarang. 

Bila sampai di puncak Bukit tu, lihat dah macam-macam pembangunan yang telah dibuat. Dan paling menarik ada sebuah restoran dibangunkan di atas bukit itu. Semasa di puncak bukit itu di perhatikan ada beberapa orang sedang memasang Peledak bunga api itu. 

(Gambar akan di 'upload' nanti bila broadband lebih laju.... sekarang ni agak lembab)

Anak saudara saya yang baru darjah empat itu gembira kerana pertama kali dalam hidupnya dapat melihat bagaimana bunga api itu dipasang dan di ‘tembak’. Sebanyak 7 das ditembak.... Cuma masa itu disiang hari, jadi tidak berapa Nampak percikkan bunga api tu...

(Gambar akan di 'upload' nanti bila broadband lebih laju.... sekarang ni agak lembab)

Jadi pada subuh tu kami akan pergi semula..... inilah hasilnya.....

NOTA TAMBAHAN:
Tembakan 'Bedil' ini bukan saja dilakukan untuk bulan ramadan dan syawal namum juga di buat ketika kemangkatan Sultan, Pertabalan Sultan, Pemakaman dan beberapa istiadat di Raja. Itu seingat saya peranan 'bedil' ini sudah sinonim dengan Kuala Terengganu.