Masih saya ingat dalam tahun 80'an itu saya mengayuh basikal ke Restoran Norhayati yang berada di hadapan Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Terengganu. Rojak Ayam pada masa itu amat terkenal di restoran itu.
Namum sekarang Restoran itu telah tiada. Namum legasi rojak ayam tidak hilang di mana terdapat beberapa buah kedai yang menjual Rojak ayam terdapat di Terengganu.
Memamg subjektif apabila kita kata bahawa restoran itu menjual rojak ayam yang sedap kerana cita rasa masing-masing berbeza. Pada lidah saya ini, saya ada beberapa tempat favourite untuk menikmati rojak ini....
Pada bukan rakyat Terengganu tentu ada yang tertanya-tanya apa itu rojak ayam? Sebenarnya rojak ayam adalah hampir serupa dengan pasembur di Pulau Pinang atau Rojak restoran mamak di Selangor. Di Melaka juga ada Rojak Ayam. Di Terengganu Rojak Ayam terdiri dari Cucur Keras, Cucur Lembut, Taugeh, Taukua, Cebisan Ayam Goreng, Telur Rebus, Timun, Mee Kuning, Lettuche dan kadang kala di letak Paru Goreng. Kuahnya adalah kuah kacang seakan kuah satay.
Versi Melaka hampir sama dengan versi Terengganu tetapi di Selangor kalau kedai yang menjual rojak, kita kena bagi tahu 'Rojak campur Ayam dan Mee'.
Begini Versi Rojak Ayam yang saya makan harini....
Rojak harini saya beli di hadapan ASTAKA. Ada memanggil rojak Sultan sebab tidak salah saya penjualnya bernama Aziz Sultan.